Thursday 23 February 2017

Resensi / ulasan novel Antara Langit, Bumi dan Dua Hati dari pembaca-pembaca


Berikut adalah beberapa perkongsian resensi / ulasan untuk novel Antara Langit, Bumi dan Dua Hati yang diambil dari akaun Instagram beberapa orang pembaca (nama akaun IG seperti yang tertera pada setiap foto).

1) Khairul Hakimin Mohamad (IG kh4airulh4kimin) - beliau merupakan penulis terkenal tanah air (penulis novel, buku travelog, buku masakan dan buku teknik penulisan berpengaruh di media sosial).


Novel tulisan MHany Hisham ini indah sekali. Ada beberapa plot yang boleh buat kalian ketawa. Ada juga yang bisa merunsing, juga buat kalian menangis sendiri. Kisah yang dipaksikan dengan dunia persahabatan kemudian diselang seli dengan dunia cinta Ilyani dan Firman ini bagi saya cukup kemas digarap dengan suasana Eropah. Penulis bijak sekali menggunakan perkataan yang sesuai dalam mendefinisikan sesuatu suasana dalam keindahan perjalanan mereka di Eropah. Keistimewaan ciptaan Tuhan, cantiknya alam, dunia masakan dan makanan serta tradisi masyarakat semuanya ditulis dengan sempurna. Kalian boleh rasa berada di sana saat membaca naskhah ini. Dari Belanda dan akhirnya bertemu di Perancis, saya fikir novel ini boleh jadi novel wajib buat pengembara. Ia sesuai di jadikan teman karib semasa dalam perjalanan. Best. Lima bintang untuk novel 393 halaman ini. Untuk dapatkan naskhah ini, Atau kalian boleh baca sisipan dan sinopsis penuh di www.novelalbdh.blogspot.com. Jemput juga follow instagram beliau @mhanyhisham. Oh ya, harganya ialah RM24.90 sudah termasuk pos. Juga boleh didapati di Popular seluruh negara. Antara Langit, Bumi dan Dua Hati dari tulisan M Hany Hashim.

2) Kudozu (IG kudozu)

Jam 2 pagi. 15minit lalu, bab 25 aku sebak. Terima kasih @mhanyhisham sebab like salah satu post, lalu aku stalk dan dapat tahu pasal novel ni. Tinggal satu naskah di Popular masa aku cari hari tu.  Lama nak mula semula selepas baca first few pages hanya kerana gaya bahasanya, tetapi setelah kisah di kedai kopi, plot semakin menarik. Bagi aku yang tak terfikir untuk ke Eropah, membuatkan pembacaan aku terhenti-henti sebab nak google the places mentioned in this novel. Tak kalah dengan novel Kau, Aku & Sepucuk Angpau Merah karya Tere Liye, 99 Cahaya Di Langit Eropa (Hanum Salsabila Rais), dan Relevenkah Aku Dihatimu (RNysa); jika nak dibandingkan cara penulis-penulis ini describe those places di dalam novel masing-masing. Terkadang, rasa watak Firman dan Ilyani itu seperti hidup, seperti kisah yang nyata, lebih lagi kepada Ilyani kerana karakternya semakin berkembang. Banyak nasihat-nasihat dan pembelajaran secara tak langsung dapat dikutip dari Antara Langit, Bumi dan Dua Hati. Tahniah.

3) Azrin Rusdan (IG azrinrusdan)

Antara Langit, Bumi Dan Dua Hati: Novel ni bagi saya macam travelog yang disulam dengan kisah percintaan antara Firman dan Ilyani. Jujurnya pada peringkat permulaan saya agak susah nak menghadam gaya penulisan sebegini (kerana sudah terbiasa dengan novel-novel pop). Tapi tak lama dan menuju ke pertengahan cerita, saya sudah mampu menghadam gaya penulisan encik penulis yang sangat cantik. Gaya penceritaan penulis sangat superb! Sampaikan anda boleh terbayangkan keindahan di setiap pelosok negara yang dicerita (saya sangat teruja dengan Switzealand!). Melewati bab demi bab, anda terasa bagai melancong di tempat-tempat yang menjadi latar cerita. Plot cerita yang saya rasa santai dan tak diserabutkan dengan pelbagai konflik. Cukup dengan konflik diri Ilyani yang menjadi tunjang kepada jalan cerita. Susunan aksara yang menggambarkan konflik emosi Ilyani juga disusun dengan baik sekali sehingga anda mampu merasakan pergolakan emosinya. Susunan aksara yang menggambarkan rasa cinta Firman? Satu kelainan bagi saya kerana ianya tidak berlebihan dan disusun dengan gaya tersendiri tapi mampu membuatkan anda tersenyum manis apabila menyelusuri momen angau si Firman! Pengakhirannya? Pengakhiran yang cukup minimalis tapi manis! Tahniah buat Encik Penulis @mhanyhisham kerana menghasil karya yang cantik sebegini.

4) Athirah Amri (IG athirah_bookstagram)


Review penuh di blog: petanipintar.blogspot.my
Alhamdulillah. Phew akhirnya. Selesai juga baca. Aku rasa kekuatan novel ni ada pada jalan cerita. Tak cliche' lain dari yang lain. Best dan menarik untuk di baca. Jalan cerita dia terus menarik bila, penulis mencipta satu demi satu kenangan indah antara Firman dan Ilyani di beberapa tempat asing. Boleh bayangkan tak kalau lelaki dan perempuan yang sedang tercari-cari pasangan, tidak mengenali antara satu sama lain di takdirkan bertemu di kota asing semasa travel? Punya tujuan yang sama, punya minat yang sama, punya falsafah hidup yang hampir sama. Jatuh cinta di tempat orang yang indah ibarat syurga. Siapa saja yang mampu menolak? haha. Cerita jangan nak sweet boleh? Manis macam diabetes seh. Boleh potong betis. -- selain dari jalan cerita dia yang menarik dan membuatkan pembaca tertanya-tanya, aku juga ikut suka untuk mengetahui setiap latar tempat yang di bentangkan, khususnya di Switzerland. banyak lah perkara yang aku dapat tahu tentang travel di switzerland. Macam-macam, dari segi tempat-tempat menarik di switzerland, hub pengangkutan di tengah-tengah Zurich dan sebagainya. Kebetulan yang menyenangkan dan menggembirakan hati aku. Sedikit sebanyak, novel ni boleh jadi travelog dan panduan untuk sesiapa yang nak travel ke switzerland. Ada perkara lain di dalam novel ini yang menyebabkan aku rasa kebetulan kena dengan jiwa aku, tapi selebihnya novel ni menarik disebabkan kisah mencari cinta Firman dan Ilyani, kisah Ilyani yang memerlukan kekuatan untuk menghadapi peristiwa silam, kekuatan hubungan kedua duanya dengan sang pencipta. Penat fikir nak bagi review yang pendek. Dekat blog review aku lebih tersusun.

5) IG feszfenz_19

"Mungkin saya ditemukan dengan beberapa orang yang berbeza sepanjang hidup supaya apabila saya temui the right one, saya punya kemampuan untuk menilai dan menghargainya seadanya." - Firman.

"Aku tidak mampu utk menongkat langit, kerana hakikatnya aku hanyalah makhluk kerdil yang hanya mampu menumpang di bawah teduhan langit milik Allah. Aku serapuh daun-daun kering. Aku umpama mengemudi sebuah sampan kayu kecil yang berlubang terkolek sendiri di tengah lautan luas yang membadai tanpa kenal belas."- Ilyani.

Setiap pertemuan ada perpisahan. Ada yg meninggalkan, ada yg ditinggalkan. Yang pergi, meninggalkan rasa kekosongan di ruang kehidupan orang yg ditinggalkan. Kekosongan itu ada yg sangat menyeksakan dan sangat perit, jika yg meninggalkan itu seorang yg amat disayangi dan pernah mewarnai kehidupan.

Finally,dapat jugak aku khatam buku ni lepas terbaca separuh je hari tu sebab busy. Sementara ada gap 2 hari untuk next paper ni aku mmg nak habiskan. Balik exam petang tadi terus sambung baca. Serius novel ni bagi aku lain dari yg lain kot sebab penulis @mhanyhisham gabungkan travelog+novel. Bahasa dgn penulisan dia pun sangat bagus tak macam typical novel yg berlambak sekarang ni. Suka je baca. Dari mula aku baca novel ni aku bukak muzik latar, Most Beautiful Music Ever: Everdream by Epic Soul Factory dan sangat masuk dengan jalan cerita novel ni. Terasa sama2 travel dengan Firman dgn Ilyani, then part diorang naik kereta kabel, tengok panaroma banjaran gunung Alps, pergi yg tempat yg heaven selama 44 hari bersama,bercerita bersama. Heaven. Ilyani, Firman, masing2 punya kisah tersendiri. Ilyani like me yg suka bersendiri, punya kisah silam yg tersendiri, nak cari masa untuk bahagiakan diri sendiri yg sendiri. So aku suggestkan dekat korang beli buku ni, tak rugi beli.Best.πŸ’ž . "For the last, sometime you miss the memories, not the person."- Aku.

6) Nur Sharina (IG sherynamerina)


Antara Langit, Bumi dan Dua Hati mengisahkan tentang seorang pengembara solo di Eropah. Mencari erti hidup & ketenangan. Bertemu seorang sahabat baru yang kemudian menjadi teman kembaranya. Love the story line on how they met each other and how they travel around Europe & places they go. The writer really knows the way around Europe and while reading this novel you may know or imagine where exactly the "watak" went and the activity they did. Lepas baca novel ni keinginan untuk mengembara ke bumi Switzerland membuak2. Ok, over sangat reaksinya but thats the truth. Thank you #MHanyHisham  for this amazing novel. I have received it last Saturday lunch time & finish reading it within 24 hours.

7) Asyirah Radzi (IG asyirahradzi)

Antara Langit, Bumi & Dua Hati, @mhanyhisham , 393 muka surat. Ni novel trip-fiction pertama yang aku pernah baca & sebab aku jenis tak baca novel so agak slow juga la nak habiskan buku ni hehe sorry penulis. Pertama, bila baca buku ni bukan setakat mendalami kisah persahabatan dua traveller yang terjodoh jumpa kat Europe je. Kau akan sekaligus dapat menghayati suasana kat sana sebab gaya penulisan penulis sangaaaaatlah details. Baca setiap helaian buat yang sangat terperinci penulisan beliau buat aku rasa macam tengah tengok drama! Bila penulis mentioned tempat-tempat watak ni lewati sepanjang pengembaraan diorang, aku siap google kot untuk lebih mendalami situasi kat sana. Contoh macam dalam satu bab tu ada cerita pasal KΓΆlner Dom, sebagai seorang yang belum ada rezeki nak jejak benua Eropah, aku pun google nak tengok gambaran kecuraman anak tangga yang diceritakan kahkah Dua, aku tertarik dengan penceritaan penulis tentang fakta-fakta yang terselit disamping persahabatan antara Firman & Ilyani. Contoh dalam page 94, penulis ada selitkan tentang nama tempat dengan versi ejaan berbeza yang dianggap lazim kat Eropah ni. Ada juga selit pasal jenis train, harga tempat lawatan dan lain-lain. Okay, ni baru sikit fakta yang aku sisipkan. Kalau kau merancang nak cover bumi Eropah baik kau mula baca novel ni, insyaAllah sikit sebanyak boleh bantu kau kt sana nanti! Tiga, kalau kau jenis rasa mudah down/ lost dalam hidup, aku suggest kau dapatkan buku ni di kedai buku terpilih or beli dari online penulis sendiri (free postage weh, siap dapat signature lagi!). Banyak kata motivasi puitis, ayat-ayat Al-Quran yang boleh comfort kau. ((walaupun sebenarnya kata-kata tu ditujukan khas kepada Ilyani dek kerana mehnah ujian yang dia lalui πŸ˜…)). Empat, adalah baiknya aku tk cerita lebih sebab aku takut jadi spoiler yang pasti sesiapa peminat novel tu boleh dapatkan novel yang merangkumi perjalanan Ilyani di benua Europe selama 46 hari ni. RM 24.90 je!

8) Shaardd Irvlyn (IG cinderellaisreading)


Dah lama tak baca novel bahasa melayu. Satu cerita yang membuatkan saya berfikir tentang sejuta perkara. Dalam hidup ini bukan setiap saat kita akan gembira. Adakalanya, sekuat apa pun hati kita, bila datangnya dugaan, menangis dan berharap adalah satusatunya jalan yang kita punya. Permulaan buku ni agak biasa tapi pengakhirannya adalah sesuatu yang saya tak jangkakan. Buku ni berjaya membuatkan saya tersenyum dan menangis. Membuktikan bahawa walau sekeras apa pun hati manusia itu, pasti ada terselit rasa sayang dan kasih. Akan ada banyak perkara yang kita tak pernah jangkakan. Cerita ini mengajar saya bahawa kita tak boleh terlalu selesa dalam sesuatu keadaan. Adakalanya kita akan lari daripada masalah tapi itu bukanlah jalan yang terbaik untuk bahagia. Berhadapanlah dengan cabaran. Jangan sesekali kita abaikan orang orang yang selalu berbuat baik pada kita. Sebuah buku yang membuka mata dan hati pembaca untuk melihat dan menilai realiti hidup yang sebenar.

9) Hidayah Jamal
Klik pautan ini untuk resensi dari Hidayah Jamal

10) Afifah Leeya
Klik pautan ini untuk resensi dari Afifah Leeya

11) Khairul Anwar (IG khaiwar10)


Siapa2 yg suka travel mesti tertarik dgn buku ni, menceritakan tentang keindahan alam di luar negara, fakta menarik ttg luar negara dan lain2. Page awal mmg dipenuhi dgn bahasa kiasan, tapi sekejap shj. Buku ini juga menceritakan ttg dua insan yg kita boleh expect akan bercinta haaa tp apa yg dihadapi utk saling mencintai itu yg seronok. Plot twist dia mmg gempak sbb boleh buat kita berfikir dua tiga kali like ( "betul juga apa dia fikir πŸ˜“ tp tkkanla" ) unexpected choice happened yg rasanya semua akan terkejut dan tk setuju dgn pilihannya. Ada pengajaran bnyk dlm buku ni seperti "seseorang mampu buat kehidupan kita menjadi bahagia dan mampu buat kehidupan kita merana, maka jagalah hubungan sesama manusia" nak tahu knp? Kenalah baca ✌
For me it's a good book !! 


12) Rosmawati Abdul Gani (IG rosmawatigani) 


Ke seberang tambak bukan sahaja untuk "mencuci mata" tapi untuk mencari buku ini....tinggal dua ketol jer kat rak buku....Alhamdulillah kita dapat rembat satu 😊 Novel bergenre tripfiction.. Novel cum travelogue.. Slightly slow at start but really sweet ending though. πŸ’• Bila baca novel ni bukan saja kita ikut rasa resah gelisah dengan watak-watak dalam novel ni tapi dapat ikut bercuti dan 'bersight-seeing' bersama dengan karakter dalam novel ni. Baca description tempat-tempat menarik yang ada dalam novel ni buat kita terbayangkan tempat itu macam mana. 😊 Negara Eropah memang banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi. Hai bila lah kita dapat pergi....berhuhu saja lah...πŸ˜… Rasa-rasanya penulis ini pernah ke tempat yang diceritakan dalam buku ini kot...hmm πŸ€” . Novel mengisahkan dua insan Firman dan Ilyani bercuti ke beberapa negara di Eropah. Bertemu secara tak sengaja...berkenalan lalu menjadi kawan baik di negara orang. Mengembara bersama-sama akhirnya membuat Firman jatuh suka pada Ilyani. Ilyani pula disebabkan ada perkara yang tidak diingini pernah berlaku antara dia dengan seorang lelaki yang juga rakan sekerjanya dan juga insiden sewaktu kecil, menjadi tidak selesa dan sentiasa fobia hingga satu insiden membuatkannya menjauhkan diri dari Firman. Firman bingung dan mula berteka-teki akan sebab-sebab Ilyani tiba-tiba tidak dapat dihubungi. Ilyani pula setelah pasti Firman bukan lah lelaki seperti yang beliau sangkakan, mula merasa menyesal dan segera mencari semula rakan pengembaranya. . Sehinggalah pada satu hari tanpa sengaja Ilyani mendapat berita tidak baik ttg Firman. **Nak tahu kisah selanjutnya sila baca sendiri ok

Friday 29 April 2016

Sinopsis Novel Antara Langit, Bumi dan Dua Hati

Mengisahkan cerita kembara seorang gadis bernama Ilyani Izhar di Eropah secara solo demi meraih ketenangan dan memulihkan semangat. Takdir telah menyilangkan langkahnya dengan langkah seorang pemuda Melayu, Firman Mukhlis, pengembara yang awalnya datang atas urusan kerja. Pertemuan pertama di Lembah Zaanse Schans membuka lembaran baharu kisah kembara mereka. Dua jiwa yang dulu sendirian, kini berteman, melangkah beriringan.

Sebuah persahabatan tanpa prasangka terjalin dan kemudian membibitkan rasa kasih. Benih-benih kepercayaan bercambah lantas mengurai tawa dan menyingkap cerita duka yang tersembunyi. Mereka bersama-sama melalui pengalaman indah, melihat yang zahir dengan mata kasar dan mentafsir yang tersirat dengan mata hati. 

Konflik muncul gara-gara jiwa Ilyani yang masih dihantui konflik silam. Hingga membawa mereka kepada langkah berasingan. Tidak lama untuk Ilyani tersedar ada sesuatu telah bersarang dalam sanubarinya. Persahabatan mereka sejati. Sabda kasih yang ditutur Firman telah terukir menjadi prasasti dalam jiwanya. Dia umpama pohon bunga layu yang mula menghala ke sebuah cahaya. Jiwanya perlukan sang juragan untuk merungkai misteri kehidupan di antara langit, bumi dan hati. 

Kala diterjah kerinduan, Ilyani jejaki semula denai memori mereka. Dia harus menemui Firman semula. Kalau dahulu dia dijejaki, kini gilirannya untuk menjejaki. Usaha pencarian akhirnya membawanya ke kota Paris. Apakah takdir yang tertulis di penghujung kisah kembara mereka? Dapatkah Ilyani bertemu kembali dengan Firman atau untuk kesekian kali nasib malang bertamu dalam hidupnya?  

"Hidup ini penuh misteri. Kita tidak pernah tahu andai esok kita bertemu dengan siapa dalam perjalanan langkah kita. Kita tidak pernah tahu andai esok kita rasmi bersahabat dengan seseorang yang baru dikenali. Kita tidak pernah tahu andai esok jalan hidup kita bakal berkisar tentang sesuatu yang bisa merubah."